Tuntutan Imam `Ali [as] terhadap kekhalifahan sepeninggal Rasulullah [saww] adalah satu hakikat yang tidak boleh dinafikan karena terekam di dalam buku-buku muktabar Aswaja dan Syi`ah.
Tuntutan tersebut lebih terarah ke dalam satu bentuk munasyadah (tanya jawab) dimana Imam `Ali [as] mengemukakan beberapa persoalan kepada Khalifah Abu Bakar berdasarkan kepada hadis-hadis Rasulullah [saww] mengenai hak dan kelebihan beliau, dimana orang yang ditanya harus menjawab pertanyaan-pertanyaan tersebut.
Bagi Imam `Ali [as] tuntutan beliau terhadap kekhalifahan selepas Rasulullah [saww] adalah satu hak yang wajib dituntut. Karena Rasulullah [saww] telah melantik beliau dan sebelas anak cucu beliau dari jalur Fathimah [as] sebagai Imam/Khalifah. Bagi Imam `Ali [as], pelantikan beliau adalah dari Allah SWT melalui Rasul-Nya. Justru itu umat harus mentaatinya dan juga sebelas para imam selepas beliau satu persatu. Terlebih lagi khutbah (hadis) Rasulullah [saww] di Ghadir Khum pada 18 Dzulhijah tahun 10 Hijriah menjadi asas yang penting di dalam tuntutan beliau terhadap kekhalifahan secara langsung selepas Rasulullah [saww].
Di sini akan diurutkan dialog Imam `Ali [as] yang dikemukakan kepada Khalifah Abu Bakar mengenai kekhalifahan. Di dalam pembentangan ini, penulis mengemukakan terjemahan teks tersebut menurut catatan al-`Allamah al-Tabarsi di dalam al-Ihtijaj. Kemudian penulis membuat rujukan kepada buku-buku muktabar Aswaja sebagai pengukuhan kepada kesahihan hadis-hadis tersebut.
Dari Imam Ja`far [as], --Imam Ja`far as-Shadiq [as] adalah imam ke-enam Ahl al-Bayt Rasulullah [saww]. Ja`far as-Shadiq ibn Muhammad al-Baqir ibn `Ali Zain al-Abidin ibn Husain as-Syahid bi Karbala ibn `Ali ibn Abi Thalib [as]-- dari ayahnya [as], dari kakeknya [as]. Beliau berkata: Apabila selesai urusan Abu Bakar dan bai`at orang ramai kepadanya serta perbuatan mereka terhadap `Ali [as], Abu Bakar masih mengharapkan bai`at dari `Ali [as], tetapi `Ali [as] telah menunjukkan sikap negatif terhadapnya. Abu Bakar menganggapnya suatu hal serius lalu dia (Abu Bakar) ingin berjumpa dengan `Ali [as] dan meminta maaf atas bai`at orang ramai kepadanya sedangkan dia (Abu Bakar) sendiri tidak begitu berhasrat untuk memegang kekhalifahan. Dia (Abu Bakar) mengadakan pertemuan empat mata dengan `Ali [as].
Abu Bakar berkata: Wahai Abu al-Hasan! Demi Allah perkara ini bukanlah aku benar-benar mencintainya karena aku tidak mempunyai keyakinan kepada diriku sendiri terhadap keperluan umat ini. Aku tidak mempunyai harta yang banyak dan keluarga yang ramai. Oleh karena itu kenapa anda menyembunyikan kepadaku apa yang aku tidak berhak daripada anda. Anda melahirkan kebencian terhadapku. (1)
`Ali [as] berkata: Apakah yang mendorong anda untuk memegang kekhalifahan sekiranya anda benar-benar tidak menghendakinya dan anda pula kurang yakin kepada diri anda sendiri untuk mengendalikannya?
Abu Bakar berkata: Sebuah hadis yang aku mendengarnya dari Rasulullah bermaksud “Sesungguhnya Allah tidak akan mengumpulkan umatku di atas kesesatan”. Apabila aku melihat ijmak mereka terhadapku, maka akupun mengikuti sabda Nabi tersebut. (2)
Dan aku tidak terpikir ijmak mereka menyalahi petunjuk. Lantaran itu aku memberi jawaban yang positif. Dan sekiranya aku mengetahui maupun seorang yang tidak bersetuju di atas pelantikanku niscaya aku menolaknya.
`Ali [as] berkata: Adapun sabda Nabi yang anda menyebutkannya “Sesungguhnya Allah tidak akan mengumpulkan umatku di atas kesesatan”, apakah aku dari umat atau tidak?
Abu Bakar menjawab: Tentu sekali anda dari umat.
`Ali [as] berkata: Apakah golongan yang menentang anda terdiri dari Salman (al-Farisi), Ammar (ibn Yasir), Abu Dzar (al-Ghifary), Miqdad (ibn Aswad), Ibn Ubbad dan orang-orang Anshar yang lain bersamanya termasuk di dalam umat?
Abu Bakar menjawab: Semuanya termasuk di dalam umat.
`Ali [as] berkata: Bagaimana anda berhujah dengan hadis tersebut sedangkan orang seperti mereka telah membelakangi anda? Sedangkan umat tidak mencela mereka dan persahabatan mereka dengan Rasulullah adalah baik!
Abu Bakar menjawab: Aku tidak mengetahui penentangan mereka melainkan selepas berlaku pemilihan khalifah. Aku khawatir sekiranya aku meninggalkan “perkara” tersebut orang ramai akan menjadi murtad dari agama mereka. Lantaran itu perlakuan mereka terhadapku - sekiranya aku menyahuti seruan mereka - lebih senang bagiku memberi pertolongan di dalam agama dan mengekalkannya dari permusuhan di kalangan mereka. Justru itu mereka kembali menjadi kafir. Aku menyadari bahwa anda bukanlah orang yang dapat mengekalkan keadaan mereka dan agama mereka.
`Ali [as] berkata: Ya! Tetapi beritahukan kepadaku tentang orang yang berhak menjadi khalifah dan dengan apakah dia berhak?
Abu Bakar menjawab: Dengan nasehat, kesetiaan, perlakuan yang baik, melahirkan keadilan, alim dengan kitab dan sunnah, percakapan yang tinggi, zuhud di dalam soal keduniaan (tidak cinta dunia), menyelamatkan orang yang tertindas dari penindas, sama di kala jauh dan dekat. Kemudian dia (Abu Bakar) diam.
`Ali [as] berkata: Dan juga orang yang terawal memeluk Islam dan kerabat?
Abu Bakar menjawab: Ya!
`Ali [as] berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah wahai Abu Bakar! Adakah sifat-sifat tersebut terdapat pada diri anda atau pada diriku?
Abu Bakar menjawab: Malah pada diri anda wahai Abu al-Hasan. (3)
`Ali [as] berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah! Adakah aku yang telah menyahuti dakwah Rasulullah dari kaum lelaki ataukah anda?
Abu Bakar menjawab: Anda. (4)
`Ali [as] berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah! Adakah aku yang meng-isytiharkan Surah Al-Bara`ah (At-Taubah) di musim Haji Akbar di hadapan kaum muslimin atau anda?
Abu Bakar menjawab: Anda. (5)
`Ali [as] berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah! Aku telah mempertahankan Rasulullah dengan diriku di hari al-Ghadir atau anda?
Abu Bakar menjawab: Anda. (6)
`Ali [as] berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah! Adakah aku “maula” kepada anda dan semua muslimin melalui hadis Nabi di hari al-Ghadir atau anda?
Abu Bakar menjawab: Anda. (7)
`Ali [as] berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah! Adakah ayat al-Wilayah (Al-Maidah:55) dari Allah bersama Rasul-Nya mengenai zakat dengan sebentuk cincin untuk aku atau anda?
Abu Bakar menjawab: Untuk anda. (8)
`Ali [as] berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah! Adakah al-Wazarah (wazir) untukku bersama Rasulullah umpama Harun bersama Musa atau untuk anda?
Abu Bakar menjawab: Untuk anda. (9)
`Ali [as] berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah! Adakah Rasulullah mempertaruhkan dengan aku, isteriku dan anak-anak lelakiku apabila ber-mubahalah (Ali `Imran:16) dengan Musyrikin atau dengan isteri anda dan anak-anak lelaki anda?
Abu Bakar menjawab: Dengan kalian. (10)
`Ali [as] berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah! Adakah ayat al-Tathir (Al-Ahzab:33) untukku, isteriku dan anak-anak lelakiku atau untuk anda, isteri anda dan anak-anak lelaki anda?
Abu Bakar menjawab: Anda dan anak isteri anda. (11)
`Ali [as] berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah! Adakah aku, isteriku dan anak-anak lelakiku yang didoakan oleh Rasulullah di hari al-Kisa “Wahai Tuhanku! mereka itulah keluargaku kepada-Mu dan bukan kepada neraka” atau anda?
Abu Bakar menjawab: Anda, isteri anda dan anak-anak lelaki anda. (12)
`Ali [as] berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah! Adakah aku yang dimaksudkan dengan ayat “Mereka menunaikan nazar dan takut akan suatu hari yang azabnya merata di mana-mana” (Al-Insan:7) atau anda?
Abu Bakar menjawab: Anda. (13)
`Ali [as] berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah! Adakah anda yang dikembalikan matahari untuk waktu shalat lalu ditunaikan shalatnya kemudian ia terbenam atau aku?
Abu Bakar menjawab: Anda. (14)
`Ali [as] berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah! Adakah anda yang telah melegakan Rasulullah dan kaum Muslimin dengan pembunuhan `Amr ibn Abdi Wudd (pada hari Khandaq) atau aku?
Abu Bakar menjawab: Anda. (15)
`Ali [as] berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah! Adakah anda yang telah di-amanahkan oleh Rasulullah dalam perutusannya kepada Jin lalu anda menyahutinya atau aku?
Abu Bakar menjawab: Anda. (16)
`Ali [as] berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah! Adakah aku yang disucikan oleh Allah dari perzinaan semenjak Adam dengan sabda Rasulullah “Aku dan anda (`Ali) dari nikah yang sah dan bukan dari perzinahan semenjak Adam hinggalah Abd al-Muthalib” atau anda?
Abu Bakar menjawab: Anda. (17)
`Ali [as] berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah! Adakah aku yang telah dipilih oleh Rasulullah dan menikahkan aku dengan anak perempuannya (Fathimah) dan bersabda: “Allah telah menikahkan anda dengan Fathimah di langit” atau anda?
Abu Bakar menjawab: Anda. (18)
`Ali [as] berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah! Adakah aku bapak dari Hasan dan Husain manakala beliau bersabda: “Kedua-duanya pemuda Ahli Surga dan bapak mereka berdua adalah lebih baik daripada mereka berdua” atau anda?
Abu Bakar menjawab: Anda. (19)
`Ali [as] berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah! Adakah saudara anda yang dihiasi dengan dua sayap terbang di surga bersama para malaikat atau saudaraku?
Abu Bakar menjawab: Saudara anda. (20)
`Ali [as] berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah! Adakah aku yang telah menjamin hutang Rasulullah dan mengadakan per-isytiharan di musim haji dengan melaksanakan janjinya atau anda?
Abu Bakar menjawab: Anda. (21)
`Ali [as] berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah! Adakah aku orang yang didoakan oleh Rasulullah dalam keadaan burung di sisinya, di mana beliau ingin memakannya. Beliau bersabda: “Wahai Tuhanku! bawa datanglah kepadaku orang yang paling Engkau cintai selepasku untuk memakan (daging) burung itu bersamaku”. Maka tidak seorangpun datang selain daripadaku atau anda?
Abu Bakar menjawab: Anda. (22)
`Ali [as] berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah! Akukah orang yang telah diberi mandat oleh Rasulullah supaya memerangi al-Nakithin, al-Qasitin, dan al-Mariqin menurut takwil Al-Qur`an atau anda?
Abu Bakar menjawab: Anda. (23)
`Ali [as] berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah! Adakah aku yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah dengan kehakiman dan kefasihan di dalam percakapan dengan sabdanya “Ali adalah orang yang paling alim di dalam ilmu penghakiman” atau anda?
Abu Bakar menjawab: Anda. (24)
`Ali [as] berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah! Adakah aku di mana Rasulullah memerintahkan para sahabatnya supaya memberi salam kepadanya untuk menjadi ketua pada masa hidupnya atau anda?
Abu Bakar menjawab: Anda. (25)
`Ali [as] berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah! Adakah aku yang menyaksikan percakapan Rasulullah yang terakhir, menguruskan “mandi” dan mengkafankannya atau anda?
Abu Bakar menjawab: Anda. (26)
`Ali [as] berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah! Adakah anda kerabat Rasulullah atau aku?
Abu Bakar menjawab: Anda. (27)
`Ali [as] berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah! Adakah anda yang dikaruniakan oleh Allah dengan dinar ketika dia memerlukannya dan Jibril menjualkannya kepada anda dan anda menjadikan Muhammad sebagai tetamu lalu anda memberi makan anaknya atau aku?
Abu Bakar menangis dan berkata: Anda. (28)
`Ali [as] berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah! Adakah anda yang telah diletakkan oleh Rasulullah di atas bahunya bagi menolak dan memecahkan berhala-berhala di atas Ka`bah sehingga jika aku kehendaki niscaya aku dapat menyentuhi ketinggian langit atau anda?
Abu Bakar menjawab: Anda. (29)
`Ali [as] berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah! Adakah anda yang disabdakan oleh Rasulullah “Andalah pemilik bendera di dunia dan di akhirat” atau aku?
Abu Bakar menjawab: Anda. (30)
`Ali [as] berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah! Adakah anda yang diperintahkan oleh Rasulullah supaya membuka pintu di masjidnya ketika beliau memerintahkan supaya ditutup semua pintu keluarganya dan para sahabatnya dan membenarkan pintu anda dibuka atau aku?
Abu Bakar menjawab: Anda. (31)
`Ali [as] berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah! Adakah anda telah mengeluarkan sadaqoh apabila anda mengadakan perbicaraan khusus dengan Rasul dikala itu Allah mengkritik satu golongan “Apakah kamu takut akan (menjadi miskin) karena kamu memberi sadaqoh sebelum pembicaraan dengan Rasul?” (Al-Mujadalah:13) atau aku?
Abu Bakar menjawab: Anda. (32)
`Ali [as] berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah! Adakah anda yang dimaksudkan oleh Rasulullah ketika beliau bersabda kepada Fathimah: “Aku akan nikahkan anda kepada orang yang pertama beriman kepada Allah” atau aku?
Abu Bakar menjawab: Anda. (33)
`Ali [as] berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah! Adakah anda yang telah diberi salam oleh para malaikat tujuh langit di hari al-Qulaib atau aku?
Abu Bakar menjawab: Anda. (34)
`Ali [as] berkata: Adakah dengan ini dan seumpamanya anda berhak melaksanakan urusan umat Muhammad? Apakah yang membuat anda terlanjur jauh dari Allah dan Rasul-Nya sedangkan anda tidak mempunyai sesuatu yang diperlukan oleh penganut agamanya!
Abu Bakar menangis dan berkata: Memang benar apa yang anda perkatakan wahai Abu al-Hassan. Tunggulah aku hingga berlalunya hariku. Aku akan memikirkan tentang jabatanku sebagai khalifah dan aku tidak akan mendengar lagi percakapan seperti ini dari anda. (35)
`Ali [as] berkata: Itu terserah kepada anda wahai Abu Bakar.
Lantas `Ali [as] pergi meninggalkan Abu Bakar dan jiwanya agak tenang di hari itu dan tidak ada seorangpun berjumpa dengannya sehingga malam hari.
Referensi:
(1) Ibn Qutaibah, al-Imamah wa al-Siyasah, I, hlm. 18-19.
Al-Mas`udi, Muruj al-Dhahab, II, hlm. 302
Al-Ya`qubi, Tarikh al-Ya`qubi, II, hlm. 127.
(2) Al-Syahrastani, al-Milal wa al-Nihal, I, hlm. 9.
(3) Ibn Hajr al-`Asqalani, Lisan al-Mizan, VI, hlm. 78.
Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 7.
Ibn Katsir, al-Bidayah wa al-Nihayah, VII, hlm. 356.
(4) Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 91-92.
(5) Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 156.
Al-Turmudzi, Sahih, II, hlm. 461.
Al-Hakim, al-Mustadrak, II, hlm. 51.
Ibn Hajr al-`Asqalani, al-Isabah, II, hlm. 509.
Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal, I, hlm. 246.
(6) Al-Hakim, al-Mustadrak, II, hlm. 53-54.
(7) Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, IV, hlm. 370.
Al-Wahidi, Asbab al-Nuzul, hlm. 150.
Al-Suyuthi, al-Durr al-Mantsur, II, hlm. 298.
Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 120.
Al-Khatib, Tarikh Baghdad, VIII, hlm. 290.
Al-Syablanji, Nur al-Absar, hlm. 75.
Al-Ya`qubi, Tarikh al-Ya`qubi, II, hlm. 32.
(8) Al-Suyuthi, al-Durr al-Mantsur, II, hlm. 293.
Fakhr al-Din al-Razi, Mafatih al-Ghaib, III, hlm. 417.
Al-Zamakhsyari, al-Kasysyaf, I, hlm. 422.
Al-Wahidi, Asbab al-Nuzul, I, hlm. 4.
(9) Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 175.
Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal, VI, hlm. 117.
Al-Hakim, al-Mustadrak, III, hlm 116.
Al-Turmudzi, Sahih, II, hlm. 301.
Al-Nasa`i, al-Khasa`is, hlm. 78.
Abu Daud, al-Musnad, I, hlm. 28.
Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 83.
(10) Al-Zamakhsyari, al-Kasysyaf, I, hlm. 482.
Fakhr al-Din al-Razi, Mafatih al-Ghaib, III, hlm. 20.
Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 185.
Al-Suyuthi, al-Durr al-Mantsur, II, hlm. 38.
Al-Wahidi, Asbab al-Nuzul, hlm. 47.
Al-Syablanji, Nur al-Absar, hlm. 101.
(11) Al-Thabari, Jami` al-Bayan, XXII, hlm. 502.
Al-Suyuthi, al-Durr al-Mantsur, V, hlm. 198.
Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, III, hlm. 259.
Al-Wahidi, Asbab al-Nuzul, hlm. 251.
(12) Ibid.
(13) Al-Wahidi, Asbab al-Nuzul, hlm. 331.
Fakhr al-Din al-Razi, Mafatih al-Ghaib, VIII, hlm. 392.
Ibn Hajr al-`Asqalani, al-Isabah, VIII, hlm. 168.
Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah, V, hlm. 530.
Al-Syablanji, Nur al-Absar, hlm. 102.
(14) Ibn Hajr, Lisan al-Mizan, V, hlm. 76.
Ibn Katsir, al-Bidayah wa al-Nihayah, VI, hlm. 80.
Al-Tahawi, Musykil al-Athar, II, hlm. 8.
Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 137.
(15) Lihat umpamanya, Al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 277.
(16) Ibid., hlm. 230-231.
(17) Ibid., hlm. 379.
Al-Haithami, Majma` al-Zawa`id, IX, hlm. 168.
(18) Ibn Hajr al-Makki, al-Sawa`iq al-Muhriqah, hlm. 84-85.
Muhib al-Thabari, Dhakha`ir al-Uqba, hlm. 29.
Al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 298-299.
(19) Al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 204.
Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 166.
(20) Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 519.
(21) Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 3.
Al-Dhahabi, Mizan al-I`tidal, I, hlm. 306.
Al-Suyuthi, al-Durr al-Mantsur, III, hlm. 209.
(22) Al-Turmudzi, Sahih, II, hlm. 299.
Al-Hakim, al-Mustadrak, III, hlm. 130.
Abu Nu`aim al-Asfahani, Hilyah al-Auliya`, VI, hlm. 339.
Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah, IV, hlm. 30.
Al-Dzahabi, Muruj al-Dhazab, II, hlm. 49.
(23) Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal, VI, hlm. 154.
Ibn Hajr, Tahdhib al-Tahdhib, III, hlm. 178.
Al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 167-168.
(24) Al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 112.
(25) Ibn Hajr, al-Isabah, III, hlm. 20.
Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal, VI, hlm. 155.
Al-Hakim, al-Mustadrak, III, hlm. 128.
(26) Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 60-63.
(27) Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 90.
Al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 76.
(28) Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah, V, hlm. 530.
Al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 348-349.
(29) Al-Hakim, al-Mustadrak, III, hlm. 5.
(30) Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 81.
(31) Al-Nasa'i, al-Khasa`is, hlm. 17.
Al-Hakim, al-Mustadrak, III, hlm. 125.
Al-Turmudzi, Sahih, II, hlm. 301.
Al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 201.
(32) Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 100.
(33) Muhib al-Din al-Thabari, Dhakha`ir al-Uqba, hlm. 29
Ibn Hajr, al-Sawa`iq al-Muhriqah, hlm. 85.
Al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 298.
(34) Lihat umpamanya, Al-Khatib, Tarikh Baghdad, IV, hlm. 403.
(35) Lihat umpamanya, Ibn Qutaibah, al-Imamah wa al-Siyasah, I, hlm. 18-19.
Al-Ya`qubi, Tarikh al-Ya`qubi, II, hlm. 127-128.
Sekapur Sirih
Terima kasih telah berkunjung di blog yang sederhana ini. Jangan sungkan! Semoga blog ini bermanfaat bagi anda.
Brotherhood
- Abatasya Islamic
- Ahlulbayt
- Analisis Pencari Kebenaran
- Balagh
- Bentara Budaya Hujjatiyah
- Forum Kebebasan Berpendapat
- Himpunan Pemuda Sinar Syahid
- Indonesian Radio
- Info Palestina
- Islam Alternatif
- Islam Feminis
- Islam Muhammadi
- Islam Syiah
- Islamic Cultural Center
- Mawaddah fi al-Qurba
- Menjawab Tuduhan Salafi-Wahhabi
- Muta`allim ala Sabili al-Najat
- Pecinta Ahlulbait
- Quran al-Shia
- SCI of Dar al-Hadith
- Shia News
- The Other Side of Me
- The Shia
- The Supreme Leader
- Yayasan Fatimah
Blog Archive
-
▼
2009
(22)
-
▼
October
(22)
- Nabi [sawa] Bermuka Manis dan Tidak Bermuka Masam
- Referendum Historis di Iran
- Dialog Imam Ali ibn Abi Thalib [as] dengan Khalifa...
- Kecintaan Dunia Islam terhadap Iran Terus Berkobar
- Sayid Hasan Nasrullah: Siapa Mengenal Ayatullah Kh...
- Surat Terbuka Ismail Haniyah kepada Barat
- Pesan Ismail Haniyah kepada Sayid Ali Khamenei
- Hak-Hak Wanita dalam Perspektif Imam Khomeini [ra]
- PBB: Bangsa Arab Harus Meneladani Imam Ali ibn Abi...
- Ayatullah Ruhullah Imam Khomeini [ra]
- Ammar bin Yasir [ra] dan Taqiyah
- Konspirasi Anti Syiah dan Upaya Adu Domba CIA
- Rahbar Pimpin Shalat Jum`at di Teheran
- The Twelve Imams
- Syiah adalah Syiah
- Pujian u/ Imam Ali [as]
- Shirat al-Mustaqim
- Fathimah [as] dan Al-Kautsar
- Surat Terbuka Ayatullah Makarim Syirazi kepada Ula...
- Arogansi Dunia Gagal Sebarkan Iranphobia
- Imam Ali [as] dan Kemenangan di Waktu Subuh
- Amma Ba`du
-
▼
October
(22)
Posted:
Prince Dipanegara
October 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)